Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

28 August 2009

Kelas Tambahan

Madrasah Ramadhan nampaknya kurang berkesan kepada pelajar saya. Apabila saya mengadakan kelas tambahan pada hari ini, di hari cuti dalam bulan Ramadhan ini, hanya 3 pelajar sahaja yang hadir. Kelas Lukisan Teknik itu terpaksa di adakan kerana masih ramai pelajar tidak dapat menyiapkan kerja kursus itu dalam tempoh masa yang saya rancangkan.

Mungkin topik itu memerlukan sedikit kemahiran teknikal, saya bersabar untuk melihat hasil yang memuaskan. Hari ini saya kena bersabar lagi dengan kehadiran seramai itu. Kelas diteruskan hingga pukul 11.30 pagi hingga mereka dapat menyiapkan 2 lukisan yang diperlukan.

08 August 2009

Kak Mas yang Rajin dan Ceria, bertukar

Sebahagian guru menjamu selera...errr ada durian tu!

Kak Mas menerima hadiah besor dari rakan kelab pembantu makmal!

Kak Mas masih tenang dan ceria


Pada hari Jumaat lepas, Guru-guru sesi petang mengadakan sedikit jamuan meraikan perpisahan seorang kakitangan sekolah yang begitu rajin, mesra dan senior di Seri Kampar. Beliau ialah pembantu makmal Pn Maslina. Beliau akan bertukar ke SJKC jalan Ampang, Kampar.

Semoga kak Mas sentiasa cemerlang walau di mana ditempatkan.

07 August 2009

Jaga Kesihatan-update

Terkini : 8 Ogos 2009

PM akan berbincang dengan Menteri Kesihatan berkaitan langkah drastik yang perlu diambil berikutan bilangan maut akibat wabak ini telah meningkat kepada 26 orang. Antara langkah yang dicadangkan ialah membatalkan semua perhimpunan awam atau program yang melibatkan perjumpaan secara terbuka.

Sepanjang minggu ini, wabak H!N! menjadi berita gempak. Sejak seminggu lalu ada 26 kematian, sudah banyak sekolah dan pusat pengajian yang ditutup.

Saya mengharapkan wabak ini akan segera di kawal. Sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga dijauhi dari bala ini...

kita juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama yang ada sejarah kesihatan pernafasan yang kurang baik seperti asma. Elakkan berada di luar rumah atau bercampur dengan orangramai. Jangan lagi amalkan tabiat melepak di luar.
Jaga kesihatan dengan banyak minum air, menggunakan saputangan atau tisu semasa bersin, membersihkan pakaian dengan segera, kerap mandi dan bersuci dengan betul.

Kepada pelajar Islam, amalan tidak meninggalkan solat membantu kita membersihkan hati dan fizikal kerana kita membasuh muka sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Amalkan membasuh muka dan tangan setiap kali selepas bersukan.