Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

30 June 2009

Mari memasak...

Saya tidak melepaskan peluang apabila pelajar kelas saya menjemput saya untuk merasa masakan mereka semasa kelas KH- ERT. Kebanyakkan pelajar yang jarang ke dapur itu begitu bersemangat ketika kelas memasak. Kesihan saya lihat Cikgu Salmah yang terpaksa menjerit meminta pelajar membantu kenkawan yang lain.


Saya fikir tentu susah menunjuk ajar mereka yang tak pandai memasak dan tak tahu menggunakan peralatan memasak. Sebaliknya berlaku semasa lawatan saya ke kelas tersebut. Pelajar berebut-rebut menunjukkan skill memasak mereka. Hasilnya, saya dapat merasa masakan mereka yang sangat sedap..... boleh bukak kedai!!

Apabila sampai sesi 'menguji rasa ' pelajar tak sabar mendengar komen saya. Isyy..macam Cef Ismail le pulak!

Kumpulan pertama, kuih ketayap.


Saya memberi respon yang baik. "Intinya manis...bancuhan tepungnya cukup garam..tetapi anda kurang sabar...nak cepatnya jer nih!"
"Naper Cikgu?"
"Kulit kuih nih agak tebal...kalau dibuat dengan perlahan dan di nipiskan sikit kulitnya, hmm tentu lebih sedap..!

Kumpulan kedua, Kuih Cucur Badak... kalau cucur udang, ada seekor udang pada setiap biji cucur udang tu, tapi pada cucur badak nih..mana badaknya? Walaupun tiada badak, rasanya sangat sedap. Kata cikgu Salmah, dia terpaksa balik ke rumahnya ambik ubi kerana kumpulan itu tak bawa ubi...ihssy walaupun sedap kena potong markah tu!
Akhir sekali kumpulan 3, buat kuih abok-abok. Saya fikir tentu banyak habuk..tak naklah! Bila dihidangkan , saya terkejut kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini. Tak sabar nak merasakannya. Terasa sedap dan unik sekali. Tahniah!

28 June 2009

Hari Interaksi



Ramai ibu bapa yang datang berjumpa guru kelas anak-anak mereka untuk berbincang perkembangan persekolahan pelajar sempena Hari Interaksi 2009.

Saya juga menerima kunjungan ramai ibu bapa yang ingin melihat kemajuan anak-anak mereka. Di samping menyerahkan slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, saya juga dapat mendapat bertukar-tukar maklumat tentang sikap pelajar di rumah dan di sekolah.

Ramai ibu bapa yang mengharapkan kerjasama guru mendisiplinkan anak-anak mereka yang semakin degil dan susah untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran. Nasihat saya ialah hargailah pengorbanan ayah yang sanggup berhabis segala-gala untuk persekolahan anak-anak. Ada kes seorang bapa memberitahu terpaksa menyambung tempoh kerja lagi 2 tahun dan menunda pencen demi sekolah anak-anak.


Tidak kurang juga ibu bapa yang merasakan anaknya kurang mendapat kerjarumah dari guru kerana mereka melihat anak-anak mereka sering menonton TV dan memberitahu tiada kerja sekolah. Saya mengharapkan ibu bapa memeriksa buku-buku anak mereka dan menelipon saya jika rasa keraguan. Kepada pelajar yang dapat menyelesaikan kerja rumah di sekolah, saya nasihatkan membuat jadual belajar harian di rumah supaya masa yang banyak semasa di rumah tidak terbuang begitu sahaja.

Walaupun saya tidak dapat melayan semua ibu bapa kerana kekangan masa, sekurang-kurangnya pertemuan singkat itu membina hubungan mesra antara guru kelas dan penjaga pelajar. Saya sangat mengharapkan kesan jangka panjangnya ialah ia akan memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Bazar Baca





Sekolah saya mengadakan pameran buku dengan kerjasama syarikat buku selama 2 hari berakhir petang ini. Program yang dinamakan Bazar Baca mendapat sambutan pelajar kerana terdapat banyak promosi dan potongan harga untuk buku-buku terpilih dan cabutan bertuah.

25 June 2009

Saya bercuti.


Bahu saya semakin sakit. Semalam udah pergi gosok. Berurut. Selepas bangun pagi, tangan rasa jem plak. Isteri nak bawa ke klinik tapi saya minta dia ke sekolah bawa anak-anak macam biasa. Saya 'ok'.

Setelah rasa ok, saya drive ke klinik Dr Zul. Kata doktor 'u got seriously shoulder injury'. Diberinya saya ubat-ubatan dan cuti 2 hari. "Macam mana u drive?". Alaa doktor...sebelah tangan lagi ok!

23 June 2009

Pengkebumian Cikgu Azman


Cuti yang lalu, pada 9 Jun, saya sempat menghadiri upacara pengkebumian sahabat saya, bekas guru dan PK HEM Seri Kampar, Allahyarham En Azman Hussin di Gopeng , Perak. Jenazah di sembahyangkan di Masjid Gunung Mesah Hilir dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut.

Rupa-rupanya masih ada sahabat guru yang belum tahu berita kematian beliau. Cikgu Azman telah bertukar ke Gopeng dan menderita sakit yang agak lama. Saluran makanan beliau rosak akibat kanser menyebabkan beliau tidak dapat makan secara normal.

Ramai juga rakan guru yang berada di sana. Sama-samalah kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-rang yang soleh. - al fatehah.

22 June 2009

Selamat Hari Bapa

Pada hari ini aku ada program di Penang. Sebelah petangnya urusanku selesai. Aku bergegas ke Kedah, pulang kekampung untuk berjumpa ibu dan ayah tersayang. Dalam hatiku, sempena hari bapa, biarlah aku bersama mereka.

Sebaik sampai, wajah riang ayah ku lihat menyambutku di muka pintu. Wajah yang ku rindui. Setelah Zul, adik bongsuku berkahwin setahun yang lalu, mereka hanya tinggal berdua. Setelah mencium tangan kedut ayahku, aku ke dapur menemui ibu. Ibu terkejut dengan kepulanganku seorang tanpa diduganya. Kegembiraan mereka berdua terpancar . Betullah kata ustazku. Melihat wajah ibu dan ayah sudah mendapat pahala. Inikan pula menggembirakan mereka.

Ibu menghidangkan aku Milo panas dan kopi untuk ayah. Sejak kecil perutku tidak betah menerima kopi. Jika diminum juga, perutku akan memulas. Ibu faham benar. Tanpa ditanya, ibuku menceritakan perkembangan semasa di kampungku. Dari hal kenduri kahwin yang telah selesai ketika cuti yang lalu, sampai cerita sepupu ayah yang anaknya telah menjadi menteri. Ayah hanya tersenyum.

Aku lihat ayah telah keluar membawa gergaji tangan. Tidak lama kemudian ayah menjerit memanggil namaku. Bila keluar aku terkejut.Aku terkedu. Ayah berada di atas pokok rambutan. Biasanya aku yang rajin memanjat. Pada hari ini bahu kananku masih sakit kerana jatuh semasa pertandingan Futsal. Ayah tahu kesakitan yang ku tanggung ketika melihat aku berkedut muka menahan sakit ketika membuka baju. Tanganku sukar diangkat tinggi.

"Alih kereta tu...ayah nak potong dahan rambutan nih!"

Segera ku ubah kereta Livinaku dari bawah pohon rambutan jauh dari situ. Sebaik sahaja aku keluar dari kereta, ranting-ranting rambutan yang berbuah lebat gugur ke bumi. Ada yang masih hijau, banyak yang sudah masak kekuningan.

Petang itu, adik Zul pulang . Dia juga teringatkan ayah. Sejak bertugas sebagai guru JQaf di Bukit Selambau, Adik Zul dan isterinya tinggal bersama ayah mertuanya di Pendang. Dia memberitahuku rancangannya hendak membeli tanah lot untuk tapak rumah.

Kebetulan TV1 menyiarkan siaran langsung pertandingan Badminton Super Series di Indonesia. Kami berseronok menonton Datuk Lee Chong Wei menjuarainya mengalahkan Taufik Hidayat.

Apabila tamat siaran langsung itu, aku meminta izin untuk pulang. Ayah telah menyediakan aku seguni rambutan dan beberapa biji buah nangka. Semasa bersalam, aku hulurkan sedikit 'buah tangan'. Ayah menolaknya kerana dia tahu belum tiba hari gaji. Aku bertegas supaya ayah menerimanya tanda penghargaan sempena hari bapa.

20 June 2009

Johan Futsal Hari Guru Kinta Selatan.

Hari ini Karnival Sukan Sempena Hari Guru Derah Kinta Selatan di adakan di SK Sentosa, Kampar. Antara pertandingan sukan yang di adakan ialah Futsal, bola jaring, sepak takraw, catur, badminton dan sukaneka.

Saya dan rakan guru menyertai Futsal. Selain saya, guru-guru lain yang turut serta dalam team Seri Kampar ialah Ustaz Mawardi, Cikgu Rafidi, Cikgu Faizol ( SK Kampar), Cikgu Maulana ( SK Tamil Malim Nawar), Cikgu Azril dan Cikgu AmirulHadi ( SBPI Gopeng).

Team Seri Kampar muncul juara Futsal edisi 2009 mengalahkan SK Sentosa. SMK Sultan Yusuf mendapat tempat ke -3 dan SK Sultan Yusuf ke-4.

Tahniah kepada rakan sepasukan yang menunjukkan peningkatan selepas hanya mendapat tempat ke-3 pada tahun lepas di Batu Gajah.

19 June 2009

SMS seorang ayah

Saya perhatikan seorang pelajar ini sering tidak datang ke sekolah. Bila tersua atau berjumpa dengan bapa pelajar tersebut, saya sering bertanya khabar . Dari situ, saya mendapat maklumat masalah yang dihadapi pelajar berkenaan hingga terpaksa ponteng sekolah.

Pada minggu pertama selepas cuti ini, sudah tiga hari pelajar itu tidak datang. Sebelum menghantar surat makluman ketidakhadiran ke sekolah, saya hantar sms kepada bapa pelajar tersebut.
Dengn segera, Saya menerima balasan berikut:

Maf ckgu, F***i tk sht, ada kat umh, trma ksh ckgu ambl brat tntg ank sya.

Teringat saya sebelum cuti dulu saya juga pernah menghantar sms memaklumkan perkara yang sama kepada orang sama. Saya sangat mengharapkan pelajar dapat datang ke sekolah dan menjayakan program ponteng sifar. Saya harap sms dan teguran guru itu memberi motivasi kepada mereka untuk menghargai setiap waktu dan kesempatan dapat berada di sekolah. Peluang belajar dan mencari ilmu tidak diberi sepanjang masa. Apabila telah tamat sekolah, sesalan kerana tidak menghargainya sudah tidak berguna lagi.

Take Home Test

Gambar hiasan.

Penggal baru persekolahan telah bermula seminggu yang lalu. Ramai pelajar masih dalam mood cuti. Sekolah plak sibuk ngan program pelajar Lower 6, hingga dewan untuk 4 kelas sesi petang kelas dibuka. Berterabur budak-budak tu semasa waktu transisi tengahari. Pening jugak saya mencari pelajar time tu. kat kantin? Full House.

Ramai guru pula sibuk dengan headcount dan markah peperiksaan. Hari ini dateline. Disamping mengejar budak untuk menyerahkan markah, pelajar yang gagal pula diminta mengambil semula ujian bagi kertas yang mereka gagal. Retest. Kata Pengetua, beri ujian itu sehingga mereka lulus.

Saya kesian juga melihat pelajar saya yang nampak mengambil ujian sambil lewa sahaja. Mereka tidak bersungguh-sunguh untuk lulus., mungkin mood cuti masih menebal.

Bila saya beri kertas ujian Math (paper 2) untuk kumpulan E2 ( markah kurang dari 24%) seramai 5 orang, mereka terkejut. Waktu dah nak balik.

" Nak buat test ni katner cikgu?"
" Buat kat rumah kamu...!"
" Eh , cikgu percaya kat kami ke?"
" Ini dinamakan 'Take Home Test'..... Hari Isnin hantar kat saya, Boleh?"
Mereka angguk sambil tersenyum.

"Pastikan awak siapkan yea...!"