Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

28 July 2009

Minggu Periksa

Semalam dan sepanjang minggu ini, pelajar sibuk menghadapi ujian bulan Julai... Yang menghairankan saya, masih ramai yang tidak datang sekolah...

Teringat masa saya belajar dulu..sangat bimbang bila periksa sebab lepas tu jika gagal 2 subjects kena kelas tahanan. Masa Cuti hari Sabtu dan Ahad pelajar yang kena kelas tahanan tu kena ke kelas untuk belajar, sedangkan orang lain boleh keluar dari asrama. Outing. Sepanjang 5 tahun belajardi sana , saya kena sekali dan serik...Tak nak kena lagi!!

16 July 2009

Minggu Sukan



Aksi ganas pasukan sepaktakraw MGK ( Majlis Guru dan Kakitangan) menentang pasukan Tingkatan satu, sempena karnival sukan

Pengetua Pencen

Saya bergambar bersama Pengetua dan rakan pengetua.



Setelah berkhidmat di Seri Kampar selama 9 tahun, hari ini pengetua Kanan Pn Rohani pencen wajib dari perkhidmatan Kerajaan dengan DG 54. Majlis meraikan beliau bermula dari pagi di sekolah dan berakhir di Hotel Hill City pada sebelah petangnya.

07 July 2009

Kempen zero ponteng

Banner kempen anti ponteng.

Duduk dalam kelas.

Sejak dilancarkan kempen, pelajar mula beringat sebelum keluar kelas. Mereka mengelak untuk keluar dari kelas . Jika nak keluar juga...kena ada kad keluar kelas. Nampaknya kempen ini dapat mengurangkan pelajar keluar dari kelas untuk berbagai sebab.

Semalam saya sengaja tidak membawa kad tersebut ketika mengajar. Pelajar tidak dapat keluar kerana saya tiada kad. Kelas berjalan dengan 100% pelajar di dalam kelas!

Handphone awak tu ori ke?

Sekadar berkongsi pengetahuan. Artikel ini saya petik dari blog drazwanshop.blogspot. Kita boleh mengetahui di mana handphone kita dipasang. Nak tahu?.. baca seterusnya.

**************************************************************************

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no. x x x x x x ? ? x x x x x x x




IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health.

06 July 2009

Pengarah Kursus, En Hanis menerima Sijil .

Sesi bergambar sebelum bersurai. Haji NorAznan dan saya di apit peserta kursus

Pada Ahad lepas, saya telah dijemput oleh Persatuan Bola Baling Perak bertugas sebagai Fasilitator dalam Kursus Kejurulatihan Awalan di Institut Pendidikan Guru Ipoh. Slot saya ialah sesi praktikal di padang melibatkan amali membuat garisan gelangang dan permainan penuh. Ilmu yang diperolehi dalam kuliah dan teori sebelum itu di praktikkan di dalam permainan. Beberapa strategi dan taktik menyerang dan bertahan dipraktikkan. Hebat juga mereka berentap. Pasukan A mengalahkan Pasukan B dengan jaringan 10-9.

Peserta yang terdiri daripada pelajar semester akhir KPLI begitu bersemangat mengikuti kursus kerana menyedari ilmu yang diperolehi bakal dipraktikkan apabila bertugas di sekolah nanti.

02 July 2009

Etika Makan




Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya, pelajar kelas 2 Bakawali berjaya menjalani amali Kemahiran Hidup 'Etika Makan'.

Saya menempah nasi lemak dan Milo Ais. Pelajar menyumbang RM1 seorang dan saya membayar harga minuman. Selesai Solat Zohor , pelajar ke kantin. Sebelum makan, saya memberi sedikit taklimat agar mereka mempraktikkan etika makan yang telah dipelajari.
pelajar memulakan dengan menunggu semua orang telah berada di meja makan. Kemudian Alif membacakan doa makan. Laju jer doanya.

Pelajar memulakan sesi makan dengan sopan santun. Sesekali saya menegur apabila mereka meletakkan tangan di atas meja, minum menggunakan tangan kiri ketika makan dan bercakap-cakap. Semasa mereka makan saya sempat menyampaikan mesej tentang kepentingan makan dan minum dengan cara yang sopan. Ia akan memberi keberkatan. Walaupun makan sedikit, tetapi kenyang dan menyihatkan badan.
Harapnya sifat sopan santun dan sabar ketika makan tidak hanya dibuat ketika amali KH sahaja. ia akan menjadi amalan sepanjang hayat. Saya tegaskan, orang yang bijak ialah orang yang menjaga etika dalam kehidupan. Dalam Islam ia disebut akhlak. Manusia yang berjaya di dunia dan akhirat ialah mereka yang berakhlak mulia.