Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

29 April 2009

Anak didik, anak sendiri.



Hari ini saya kembali ke sekolah setelah hampir 2 minggu terlibat dengan latihan pusat dan pertandingan Bola Baling MSS Perak.
Rupanyan bukan sahaja pelajar merindukan saya, ada juga guru yang bersungut kerana terasa lama tidak berjumpa saya.

"Rindu ke?'
"Issh..Ni haa, senarai program untuk kamu,... ni pulak jadual mid year exam!"
Adusss...kerja yang bertimbun kembali daa!!

Dalam pada itu, saya terkejut dengan beberapa kes kecurian melibatkan pelajar yang saya kenali . Salah seorangnya anak kawan saya. Kawan saya itu sangat sopan dan mengambil berat tentang pendidikan agama anak-anaknya. Tidak hairan bila masuk waktu solat, anak kawan saya itulah yang melaungkan azan di surau sekolah. Bila pulang, dia juga bergilir membaca doa selepas perhimpunan sekolah. Bila mendengar anak kawan saya itu terlibat dengan kes kecurian , saya kaget!

Saya jadi risau dan bimbang perkara seperti itu berlaku kepada anak-anak saya. Hanya doa dipanjatkan.

22 April 2009

Pasukan Bola Baling



Minggu ini saya sibuk menguruskan latihan pusat Pasukan Bola Baling daerah. Jumaat depan , mulai 24hb dah start game di UITM Seri Iskandar. Walaupun sibuk saya masih pulang ke sekolah untuk masuk kelas dan memberi kerja kepada pelajar. Nasib baik ler pusat latihan di Kompleks Sukan Rakan Muda hanya 10 minit perjalanan.

Pening juga hari ini kerana ada perubahan saat akhir. Sebelum ini ditetapkan pasukan B12 tahun akan bermain di Padang rumput. Pasukan B18 akan bermain di hard Court ( simen) di UITM. Terkini Pengerusi teknik Negeri memaklumkn semua games akan main di atas hard court. Terpaksa saya menyusun latihan di kompleks sukan besok supaya pasukan B12 dapat sedikit pengalaman bermain di atas simen. Terpaksa tunda friendly match kerana jadual penggunaan court yang padat.

Penolong PT datang jumpa petang tadi..."saya tak dapat pelepasan keluar dari sekolah sepanjang minggu ini...." katanyer, sedih.
"Takper...balik ke sekolah...ngajo!"
"Saya kesian kenkawan yang bawak teams nih.."
"Takper..diorang tu expert!"Tahun depan ada lagi..."Sabor ler yea!!"

21 April 2009

Buat Renungan Pelajar Cemerlang



Jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama

(dipetik dari http://tunasislam.blogspot.com/)







Pelajar Dan Rokok



Puas Guru Disiplin di sekolah saya, En Harun bercakap tentang bahaya merokok dan hukuman yang menanti pelajar yang ditangkap merokok di sekolah, namun nampaknya kata-kata itu bagai mencurah air ke daun keladi.
Minggu lepas, seorang pemain bola baling sekolah yang dipanggil untuk pemilihan pasukan daerah telah ditangkap membawa rokok.

Jika pelajar berkenaan merasakan bersukan itu penting untuk kesihatan, tentu dia tidak akan merokok. Kenyataan tentang bahaya rokok tertera pada kotak rokok. Gambarnya nampak menggerunkan tetapi tidak pada mereka.

Setakat ini, rokok berada pada peringkat utama penyebab kematian yang dapat dicegah di dunia. Tembakau menyebabkan satu dari 10 kematian orang dewasa di seluruh dunia, dan mengakibatkan 5.4 juta kematian tahun 2006. Ini bererti rata-rata satu kematian setiap 6.5 saat. Kematian pada tahun 2020 akan mendekati dua kali jumlah kematian saat ini jika kebiasaan tabiat merokok saat ini terus berlanjutan.

Jika anda mengunjungi mana-mana sekolah, anda akan berjumpa 'port' untuk guru merokok, walaupun ada signboard 'kawasan bebas rokok'!!

Itulah sebabnya pelajar kencing berlari!

20 April 2009

Bila Pengadil tak cukup

Ramai guru keluar sekolah sebab sukan dan aktiviti kokurilum. Tentu ia memeningkan kepala pentadbir sekolah terutama sekolah yang kecil dan mempunyai program besar yang mesti dijalankan.
Ada Pengetua dan Guru Besar terpaksa menahan guru mereka daripada keluar demi kepentingan sekolah. Kesannya tentulah pening pulak kepala pegawai PPD yang menguruskan program berkenaan.

Saya juga kesian tengok pengadil pertandingan sukan. Pada awal bulan ini saya membawa Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun sekolah menyertai pertandingan Bolasepak MSD. Elok jer game start, saya terkejut bila dapati tiada Penjaga Garisan (Linesmen). Saya menjerit kepada urusetia supaya memberhentikan perlawanan. Rupanya mereka menggunakan 2 referees. Saya masih tidak berpuas hati kerana Referee nampaknya tidak berada pada kedudukan yang betul untuk menentukan Offside.

"Ini bukan game 9 sebelah!'' Saya dah latih anakbuah saya main offside!

Pihak urusetia memaklumkan kepada saya bahawa mereka kekurangan pengadil. Rupanya baru saya faham masalah mereka. Pihak sekolah tidak benarkan pengadil yang dilantik PPD keluar.

Nasib baik semua referees adalah kawan -kawan juga. Dapatlah saya membuat teguran dan mereka menerima dengan senang hati.

Akhirnya Pasukan saya muncul Naib Juara Kumpulan. Kemudian pasukan saya mara lagi hingga mendapat tempat ke-3 MSD Kinta Selatan.

Selamat Bertemu

Setelah begitu lama memendam niat untuk membuka blog bertemakan pendidikan, baru kini saya berkesempatan.
Semoga blog ini membantu menyumbang ke arah masyarakat budaya ilmu. Sesuai dengan hadis nabi yang meminta kita mencari ilmu walaupun sehingga ke Negeri China.