Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

22 May 2010

PERTANDINGAN BOWLING

Saya menyertai isteri saya dalam pertandingan Bowling Kelab Guru Sk Kuala Dipang. Seronok saya melihat kemesraan staff sekolah isteri saya itu. Mereka bermain dengan penuh semangat kesukanan tanpa mengira status atau pangkat. Semoga ia akan meningkatkan team spirit dan semangat juang semua warga sekolah dalam mendidik anak bangsa.

Walaupun udah bertahun tidak menghayun bola bowling, saya ikut menyertai pertandingan itu kerana melihat kesungguhan isteri saya yang ingin bersukan. Saya dapat membantu menjaga anak-anak sambil bermain.

21 May 2010

Bina Blog

Ramai sahabat yang asyik bertanyakan saya tentang cara-cara membina blog. Kadang -kadang letih saya menerangkan langkah-langkah membuat link atau membuat tab pada blog hanya melalui telefon!!

Saya tidaklah pakar dalam membuat blog. Malah saya sendiri tidakpernah mengikuti apa-apa bengkel membina blog. Apa yang saya berikan adalah hasil perkongsian ilmu di dalam dunia siber. Kita boleh mendapatkan berbagai maklumat jika rajin mencari dan membuat sedikit kajian. Saya bermula membuat blog dengan menggunakan blogspot, kemudian saya beralih kepada wordpress. Setelah aktif dengan Facebook, saya tidak sempat lagi menjenguk blog- blog saya itu. Malah ada blog saya terkubur kerana telah lupa passwordnya!

Seorang sahabat yang memahami kesibukan saya sering menelefon lewat malam untuk mengetahui sesuatu tentang blog. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menarik saya aktif semula mengemaskini blog saya. Juga kepada rakan blogger dari blog 'sendiri Mau Ingat ' yang sering meminta supaya saya aktif menulis.

18 May 2010

Selamat Hari Guru

Setelah sekian lama tidak menulis, hari ini saya membuka semula blog ini setelah rakan guru yang sentiasa mengikuti blog ini berkali-kali minta saya kembali menulis. Setelah ada Facebook saya sudah malas menulis kerana bagi saya cukup dengan facebook untuk berinteraksi dengan semua kenalan. Rupanya tidak begitu untuk sebahagian orang. Mereka masih sukakan blog untuk membaca idea , kupasan isu dan berita terkini. Setelah didesak, akhirnya saya mengalah.

Sempena hari Guru pada 16 Mei yang lalu, saya mengharapkan rakan guru menanam azam baru untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Jadikan anak-didik kita sebagai pelanggang no. 1
...bersambung