Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

27 May 2009

Tekun menjawab

Pelajarku pesakit leukimia

Syukur bila saya melihat pelajar ini datang ke sekolah untuk menghadapi peperiksaan dua hari sudah.. Dia telah lama menderita sakit leukimia. lebih tepat lagi Acute Lymphoblastic Leucemia . Sebenarnya ada 3 jenis leukimia:
1) chronic myelogenous leucemia;
2) chronic lymphatic leucemia;
3) acute leucemia.

Selain terpaksa ke Ipoh untuk membuat pindahan darah (blood transfusions), dia juga mengalami berbagai kesan sampingan daripada penyakit itu. Pergerakkannya jadi perlahan dan tidak dapat menerima asakan habuk atau pencemaran,

Sudah lama dia tidak datang ke sekolah. Saya pernah ke rumahnya di Bukit Pekan, kira-kira 13 km dari sekolah untuk menjenguk dia dan keluarganya. Pada hari itu bapanya pergi bekerja di kilang Ubat nyamuk Mambang Diawan. Hanya emak dan opah ada bersama. Saya dapat menyelami perasaan keluarga tersebut dan bersimpati dengan nasib mereka. Di samping memberi sedikit motivasi, saya mendengar suara hati mereka.

Hari ini dia tidak datang lagi... nampaknya cuti persekolahan nanti saya akan ke sana lagi.

21 May 2009

Selamat menghadapi peperiksaan

Selama 2 minggu anak didik saya akan menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun. Ramai yang datang berjumpa saya minta restu dan doa dari saya. Sebenarnya saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua.

Pelajar kelas saya juga datang bertanya saya apa hadiah untuk Hari Guru pada saya. Soalan itu sangat tepat pada masanya. Saya tegaskan kepada mereka, saya tidak mahu hadiah berbentuk kebendaan. Hadiah yang paling bererti pada saya adalah kejayaan mereka dalam semua bidang. Paling hampir ialah kejayaan mereka dalam peperiksaan yang mereka sedang hadapi.

Sepanjang masa ini, saya harap penumpuan diberikan untuk menghadapi peperiksaaan. Jangan ada yang bangun lambat kerana keluar malam bersama kawan-kawan.

Di samping mendapat restu guru, doa ibubapa juga sangat penting. Sebelum datang ke sekolah jangn minta duit belanja sekolah sahaja. Jumpa mereka dan kucup tangan ibu dan bapa pohon doa dan restu mereka.

Insya Allah kejayaan bersama mereka yang berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Malu pendinding Diri

Sifat malu adalah akhlak yang terpuji yang menjadi keistimewaan dalam ajaran Islam. Sifat malu dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Malu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

2. Malu kepada diri sendiri.

3. Malu kepada orang lain.

Diceritakan oleh sahabat Abu Sa'id Al-Khudri, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam apabila melihat sesuatu yang tidak disukainya, air muka Baginda akan berubah.

Di dalam sebuah hadis diceritakan yang bermaksud:
"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lebih pemalu dari gadis-gadis pingitan. Bila melihat sesuatu yang tidak disukai, kami dapat mengetahui dari wajah Baginda." (Muttafaqun'alaih).

Seseorang akan merasa malu kepada Allah apabila tidak mengerjakan perintah-Nya serta tidak menjauhi larangan-Nya. Orang yang malu kepada Allah dengan sendirinya akan malu kepada diri sendiri. Ia juga akan malu untuk mengerjakan perbuatan salah sekalipun orang lain tidak melihat perbuatannya atau mendengar perkataannya.

Malu kepada Allah adalah malu bersumberkan keimanan dan keyakinan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bersifat sentiasa Melihat, Mendengar dan Mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh setiap hamba-Nya.

Malu adalah sebahagian daripada tanda kesempurnaan iman. Bahkan malu dan iman akan selalu hadir bersama-sama. Apabila salah satu hilang maka yang lain juga akan hilang.

Dalam kehidupan masyarakat hari ini jelas kepada kita bahawa perasaan malu itu sudah hampir diabaikan ramai orang. Di Klangan remaja, mereka tidak malu untuk berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahram. Malah ada yang saling bertepuk dan berpelukan dikhalayak ramai.

Ada yang tidak malu makan dan minum di kedai makan ketika umat Islam solat Jumaat di masjid. Jika waktu lain mungkin kita boleh katakan dia akan solat selepas makan, tetapi bagaimana pulak jika pada hari Jumaat?

Ramai juga umat Islam yang tidak malu mengunjungi kedai judi sehingga terpaksa pihak berkuasa mengadakan operasi menagkap mereka.

Jika budaya sifat malu itu kurang dihayati dikalangan masyarakat Islam sudah setentunya akan menyebabkan hilangnya nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam dirinya serta sanggup menurut hawa nafsu yang tidak terkendali. Sedangkan kita tahu sekiranya, kita menjaga dan memelihara sifat-sifat terpuji dalam kehidupan nescaya tidak akan berlaku gejala-gejala sosial atau perkara-perkara lain yang tidak diingini.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi memelihara sifat malu demi menjaga maruah dan harga diri yang dikurniakan Allah serta mempertahankan kualiti diri sebagai insan yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.

10 May 2009

Selamat hari IBU



Sempena Hari IBU, aku titipkan ucapan untuk ibu di kampung. Terima kasih ibu kerana melahir dan membesarkanku. Kasihmu melaut membawa ke syurga.
Ibuku.

Buat isteriku tercinta, ibu kepada anak-anakku , aku titipkan ucapan terima kasih kerana kasih sayangmu dan ketabahanmu mendidik mereka. Kami sanjung pengorbananmu.

Isteriku

Aku lebih diperlukan di sekolah!

Pelajar kelasku

Aku mendapat surat keluar bertugas lagi...kali ini sebagai pembantu pegawai pasukan bolasepak Bawah Umur 18 Kinta Selatan. Tugasan pertama esok ialah membawa 3 orang pemain Seri Kampar untuk selection . Senarai pemain yang dipanggil untuk selection tu dari seluruh daerah ialah seramai 40 orang. Isy..kenapa ramai sangat? Mahu makan masa satu hari untuk memilih tu.

Seperti biasa, sebagai guru sesi petang, aku hanya dibenarkan oleh Pn Pengetua keluar sesi pagi sahaja. Petang mesti balik ke sekolah untuk meneruskan PnP. Jika latihan dibuat sebelah pagi sahaja, aku rasa ok jugak aku terima tugas itu. Jika latihan berterusan sampai sesi petang, siapa nak bawak balik players Seri Kampar jika aku balik awal? Jawapannya aku terpaksa ler menolak tugasan itu.

Kerja sekolah pun semakin banyak. Peperiksaan Pertengahan Tahun akan di adakan mulai 20 Mei ini... ada hikmahnya!

06 May 2009

Guru Tingkatan paling lama

Gambar hiasan

Saya tertarik dengan joke seorang kawan di bilik guru. Ketika kami syok bersembang, seorang guru lama sedang sibuk membuat pengiraan untuk menutup buku daftar kehadiran kelasnya .
" Sudah berapa lama cikgu jadi guru kelas?" tanya Mr A.
" Isy..sejak jadi cikgu ler...ader ler dalam 20 tahun!" jawabnya.
" Cikgu sepatutnya udah naik pangkat!" Usik Mr A lagi.
"Aha..pangkat apa pulak?" saya cuba mencelah..nak dengar juga joke untuk hari ini.
" Guru Tingkatan Kanan!!!"

dan ketawa pun berderai....

Sahabat lama itu cuma tersengih.