Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

02 July 2009

Etika Makan




Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya, pelajar kelas 2 Bakawali berjaya menjalani amali Kemahiran Hidup 'Etika Makan'.

Saya menempah nasi lemak dan Milo Ais. Pelajar menyumbang RM1 seorang dan saya membayar harga minuman. Selesai Solat Zohor , pelajar ke kantin. Sebelum makan, saya memberi sedikit taklimat agar mereka mempraktikkan etika makan yang telah dipelajari.
pelajar memulakan dengan menunggu semua orang telah berada di meja makan. Kemudian Alif membacakan doa makan. Laju jer doanya.

Pelajar memulakan sesi makan dengan sopan santun. Sesekali saya menegur apabila mereka meletakkan tangan di atas meja, minum menggunakan tangan kiri ketika makan dan bercakap-cakap. Semasa mereka makan saya sempat menyampaikan mesej tentang kepentingan makan dan minum dengan cara yang sopan. Ia akan memberi keberkatan. Walaupun makan sedikit, tetapi kenyang dan menyihatkan badan.
Harapnya sifat sopan santun dan sabar ketika makan tidak hanya dibuat ketika amali KH sahaja. ia akan menjadi amalan sepanjang hayat. Saya tegaskan, orang yang bijak ialah orang yang menjaga etika dalam kehidupan. Dalam Islam ia disebut akhlak. Manusia yang berjaya di dunia dan akhirat ialah mereka yang berakhlak mulia.

No comments:

Post a Comment