Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

10 May 2009

Aku lebih diperlukan di sekolah!

Pelajar kelasku

Aku mendapat surat keluar bertugas lagi...kali ini sebagai pembantu pegawai pasukan bolasepak Bawah Umur 18 Kinta Selatan. Tugasan pertama esok ialah membawa 3 orang pemain Seri Kampar untuk selection . Senarai pemain yang dipanggil untuk selection tu dari seluruh daerah ialah seramai 40 orang. Isy..kenapa ramai sangat? Mahu makan masa satu hari untuk memilih tu.

Seperti biasa, sebagai guru sesi petang, aku hanya dibenarkan oleh Pn Pengetua keluar sesi pagi sahaja. Petang mesti balik ke sekolah untuk meneruskan PnP. Jika latihan dibuat sebelah pagi sahaja, aku rasa ok jugak aku terima tugas itu. Jika latihan berterusan sampai sesi petang, siapa nak bawak balik players Seri Kampar jika aku balik awal? Jawapannya aku terpaksa ler menolak tugasan itu.

Kerja sekolah pun semakin banyak. Peperiksaan Pertengahan Tahun akan di adakan mulai 20 Mei ini... ada hikmahnya!

1 comment:

  1. Eluk la kadang2 kita pilih apa yang lebih penting. Kalau PnP itu lebih penting maka berilah keutamaan padanya. Kecuali kalau tugas tu tak bertindih, bolehlah diterima. Keluar sehari pun terasa susah nak cover pelajaran yang tinggal. Takkan nak bagi nota saja. Nota kalau tak ada yang mengajar susah nak jalan lebih2 lagi pelajar kita ni.

    ReplyDelete