Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

06 May 2009

Guru Tingkatan paling lama

Gambar hiasan

Saya tertarik dengan joke seorang kawan di bilik guru. Ketika kami syok bersembang, seorang guru lama sedang sibuk membuat pengiraan untuk menutup buku daftar kehadiran kelasnya .
" Sudah berapa lama cikgu jadi guru kelas?" tanya Mr A.
" Isy..sejak jadi cikgu ler...ader ler dalam 20 tahun!" jawabnya.
" Cikgu sepatutnya udah naik pangkat!" Usik Mr A lagi.
"Aha..pangkat apa pulak?" saya cuba mencelah..nak dengar juga joke untuk hari ini.
" Guru Tingkatan Kanan!!!"

dan ketawa pun berderai....

Sahabat lama itu cuma tersengih.

1 comment:

  1. Kita ni memang lama jadi guru kelas. Saya pun sejak posting dok jadi guru kelas. Tapi masa bersalin awal tahun dan sambung belajar Pengetua dah tak bagi. Sebenarnya saya ada minta nak jadi guru kelas sebab bila jadi guru kelas kita lebih rapat dengan pelajar. Tahu masalah dan kelebihan mereka. Agak mudah untuk membantu kalau kita rajin. Peranan guru kelas ni macam mak bapa la semasa di sekolah. Jadi guru kelas yang terbaik, moga sentiasa diberkati Allah dalam seriap perkara..

    ReplyDelete