Followers

Selamat datang

Anda berada dalam blog Mencari Ilmu

28 June 2009

Hari Interaksi



Ramai ibu bapa yang datang berjumpa guru kelas anak-anak mereka untuk berbincang perkembangan persekolahan pelajar sempena Hari Interaksi 2009.

Saya juga menerima kunjungan ramai ibu bapa yang ingin melihat kemajuan anak-anak mereka. Di samping menyerahkan slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, saya juga dapat mendapat bertukar-tukar maklumat tentang sikap pelajar di rumah dan di sekolah.

Ramai ibu bapa yang mengharapkan kerjasama guru mendisiplinkan anak-anak mereka yang semakin degil dan susah untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran. Nasihat saya ialah hargailah pengorbanan ayah yang sanggup berhabis segala-gala untuk persekolahan anak-anak. Ada kes seorang bapa memberitahu terpaksa menyambung tempoh kerja lagi 2 tahun dan menunda pencen demi sekolah anak-anak.


Tidak kurang juga ibu bapa yang merasakan anaknya kurang mendapat kerjarumah dari guru kerana mereka melihat anak-anak mereka sering menonton TV dan memberitahu tiada kerja sekolah. Saya mengharapkan ibu bapa memeriksa buku-buku anak mereka dan menelipon saya jika rasa keraguan. Kepada pelajar yang dapat menyelesaikan kerja rumah di sekolah, saya nasihatkan membuat jadual belajar harian di rumah supaya masa yang banyak semasa di rumah tidak terbuang begitu sahaja.

Walaupun saya tidak dapat melayan semua ibu bapa kerana kekangan masa, sekurang-kurangnya pertemuan singkat itu membina hubungan mesra antara guru kelas dan penjaga pelajar. Saya sangat mengharapkan kesan jangka panjangnya ialah ia akan memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

No comments:

Post a Comment